Friday, January 14, 2011

***Khurafat***

Assalamualaikum n Sejahtera Friends,

Lama gila tak update blog. terasa janggat plak nak menaip..
ok la..straight to the point la ek..
malam tadi sempat menonton filem KHURAFAT arahan Syamsul Yusof..
firstly nak bg CREDIT to him :D
nampak message yang disampaikan oleh Syamsul

Filem ni menceritakan tentang kisah hidup Johan (Syamsul) dan isterinya Aisyah (Liyana) yang saban hari diganggu oleh makhluk halus. Anna (Sabrina) bekas kekasih Johan tidak dapat menerima perkahwinan Johan menjadi hilang akal dan sering menggangu hidup Johan sekeluarga. Pada suatu hari Anna mengambil tindakan membunuh diri. Johan terasa sangat bersalah pada Anna dan pada masa yang sama dia diamanahkan oleh ibu Anna utk menghantar jenazah Anna ke kampung halamannya. Dalam perjalanan, Johan dan kawannya ditimpa kecelakaan dan pada masa yang sama makhlus halus itu muncul. Akhirnya Johan mengaku bersalah kerana telah membomohkan Anna gara2 Anna tak layan dia. Risiko yang terpaksa Johan hadapi ialah dia tidak boleh meninggalkan / membiarkan Anna kerana makhlus halus itu akan menghantui Johan sampai dia mati. Tapi Johan mungkir janji dan akhirnya janji tersebut memakan dirinya sendiri...    

Filem ni sangat2 seram sampai saya rasa nak keluar je dari panggung...
Seriously rasa nak pengsan, rasa nak terkucil, rasa macam2la.
Macam nak pecah panggung bila menjerit.haha!
Time tu duduk dah tak betul. Kejap posisi ni kejap posisi tu.
Sampai terpaksa jadikan tudung saya sbg pelindung tutup kat muka nih..
hihi!gila penakut yang amat ctmah nih..
Yang bestnya, bukan golongan hawa je yg menjerit tapi kaum adam pun menjerit gak.haha!
Memang suspen habes loh...

So kawan2, apa tunggu lagi.. ada masa pergilah tengok. tapi make sure berani2kan diri anda yer :D

Daaaaa

4 comments:

Fairul Izham said...

"teras janggat'? ape itu janggat? hahaha...seram ek? cmfm best ni..bwk mmbr ijam sorg ni..mau terjerit die.

ctmah said...

blek..typing error loh... :p
g ah tgk..nth2 kamu yg pengsan dlm panggung tuh :p

Ellie Best said...

hahaha.saye confirm takkkan tengok wak.you know why!!ingat tak kite tgk cite seram masa kat rumah sewa.TBB kan saye:p.

ctmah said...

aaa..ingt2..hahahah!paling penakut si EB :p

Related Posts with Thumbnails