Saturday, October 30, 2010

pasti terjadi


Assalamualaikum and Sejahtera Friends,
 
hati saya tak tenteram
apa salah saya?
apa yang telah saya lakukan?
kenapa semua ni terjadi pada saya?
kenapa dia nak cemburu dengan hubungan saya?
kenapa mesti saya?

saya dituduh merosakkan segala2nya
saya dicaci macam2 perkataan
padahal saya tak buat apa2 pun
padahal saya tak cakap apa2 pun
sikit pun saya tak sentuh pasal dia

hati saya sakit
hati saya bengkak
hati saya parah

saya sedar saya kena bersabar
ini mungkin dugaan untuk saya
saya tau Allah sayang saya

tapi
kenapa DIA ciptakan semua ni untuk saya
kenapa DIA uji saya begini
saya tak minta jadi begini
saya sangat lemah nak menghadapi semua ini
saya tau tunang saya sentiasa disebelah saya
tapi saya tetap lemah
hati saya mudah terguris
saya hanyalah seorang perempuan

apa yang perlu saya lakukan?
saya tak nak kehidupan yang menyakitkan...

tolong doakan saya yerk

Friday, October 29, 2010

semua pasal TARA

Assalamualaikum and Sejahtera Friends,

Malam tadi saya hampir2 buat lawak sengal.Semua pasal TARA. Suddently en hamzah ajak gi Sunway Pyramid. So saya pun layankan jelah dengan harapan semuanya berjalan dengan cepat tapi still lambat gak. Tup2 tengok jam dah pukul 8.59pm.

saya=Alamak!tak sempat dah ni!
en sayang=apa yang tak sempat tuh?
saya=nk tengok TARA sambil buat muka
en sayang=kamu ni mcm budak kecit.selagi xdapat,selagi tu merengek
saya=nak tengok gak!nanti esok bile eli cite2, org menganga jek
en sayang=mmg mcm budak2

pastu saya pun kol huda
saya=uda,tolong amek kamera org n tlg recordkn TARA tuk org sambil buat nada kesian
uda=ala timah ni,nanti boleh tengok ulangan
saya=tetap berkeras suruh record gk :(
uda=OK sambil bebel2

tiba2,uda kol saya
uda=timah,bateri xde
saya=alaaaaa.reda jelah

tiba2 dapat idea 5*
saya=jom g mamak.tengok kat mamak jek.
en sayang=diaorg layan ke?
saya=xpe cuba dulu

sampai kat mamak,they all tengah layan action movies.
saya terus g kaunter n buat muka simpati.
saya=boleh tukar channel axn x.saya nak tengok amazing race
en mamak=ini cerita lagi best
saya=ala,saya nak tengok amazing race.asia tau.ada malaysia tau.pliz.kalau x saya xnk makan kt cni.
en mamak=senyum sambil tuka channel axn

yahooo!saya dapat gak tengok TARA!haha..
This week They all terbang ke new zealand.
Terjunan lelabah aka bungy jump n buaian paling mencabar sekali.
Mau tercabut bekecai jantung if jatuh.huhu
N pemenang utk episod kali ni adalah Richard Team.
Unlucky hilda n ivan terkeluar...huhuhu
Saya turut simpati sebab team malaysia dah tekeluar.
Unlucky tak dapat nk tgk aksi spontan aka lawak hilda utk episod seterusnya..huhuhu
Unlucky tak dapat nak tgk ivan lg.perwatakan ivan sgt mencairkn hati saya..tergatal kejap.haha
Seriously,mesti gegurl kt lua sana cair ngn ivan LOL

Lawak spontan dlm episod kali ni
  • Ehtan n Khairie kena tahan dgn polis sebab memandu dengan perlahan.haha!ape pelik punya polis LOL
  • Hilda gergaji kayu balak dgn menumpukan segala kekuatan pada perutnya (tolak gergaji dengan perut)."Baby,look at me.Dun look others people" LOL
  • Hilda nanges masa nak buat bungy jump. Lastly buat cabaran buai n sangat happy HAHA
  • Ethan buat bungy jump tanpa menjerit
  • Hussien spt referee,tiup2 wisel mase cabaran gergaji kayu balak LOL

Sekian,2 be continue daaaa

suap2: sekarang rase benci!
 

Thursday, October 28, 2010

TARA Season 4

Minggu ni dah masuk episod ke 6 tapi saya baru nak update pasal TARA.haha
Ok, malas cite panjang. Jom kita berkenalan dengan para peserta TARA.

Malaysia 
Lim Kok Hon (Ethan), 26, Social Worker | Mohd Khairie, 25, Graduate
Friends
Ivan Evetovics, 33, University Lecturer | Tengku Hilda, 38, Researcher
Husband and Wife

Philipines
Richard Hardin, 34, Pro Basketballer | Richard Herrera, 31, Actor
Friends
Jacinta James (Jess), 27, Tattooist | Lani Pillinger, 27, Model
Party Girls

Singapore
Claire Goh, 21, Musician | Michelle S. Ng, 22, Actress
Rebel Pals

Hong Kong
Alan Luk, 32, Actor | Wendy Lee, 24, Actress
Dating Couple

Indonesia
Nadine Zamira Sjarief, 26, Beauty Queen | Hilyani Hidranto (Yani), 28, TV Presenter
Best Friends
Natasha Sutadisastra, 24, Legal Admin | Hussein Baron S., 53, Educator
Father and Daughter

India
Sahil Banga, 25, Aspiring Actor | Manas Katyal, 23, Reality Show Bachelor
Cousins
Sunaina Gulia, 31, Actress | Dimple Inamdar, 32, Actress
Travel Buddies

Episod 1: xde penyingkiran
Episod 2: Yanie and Nadine
Episod 3: xde penyingkiran
Episod 4: Alan and Wendy
Episod 5: Manas and Sahil

Team yang saya suka?
Hilda n Ivan - Funny,Sweet n paling pasti Hilda suka potpet2 n dera Ivan.haha
Ethan n Kharil, Claire n Michelle - adventurous

TARA malam ni?
Saya tak sabar nak tengok gelagat Hilda menangis!
So jangan lupa ye kawan2, malam ni kita pakat ramai2 tengok TARA :D

TBLA yang ketinggalan

Assalamualaikum n Sejahtera Friends,

Owh..lamanya tak update pasal TBLA (the biggest loser asia).
Lately saya agak busy dengan kerja yang sedikit caca marba..Aishhh
So nak update blog pun kena amek masa gak,kena amek mood gak :|

Ok,straight to the point la yerk.
Cabaran kali ni dimenangi oleh Blue Team n mereka dapat jam tangan nooka n makan malam bersama Harith Iskandar di Restoran Lido 5 bintang. 

Dalam sesi penimbang, Red Team menang 21 / 18 dengan peratus undi 3.54% / 2.91% n TBLA utk minggu ni adalah Lori (Red Team).

Masa proses penyingkiran, Blue Team (Raj,Jon,Manjit) telah memilih Shakira kerana Raj merasakan Shakira adalah pencabar utama (mengikut peratus susut) dalam merebut 't-shirt Hitam'.



 







Huuh...saya benci gile dengan Raj!Pandai bermain kata2...busuk hati...huh

Tuesday, October 26, 2010

Perumpaan: Kunci dan Handbag

C=selongkar sana selongkar sini --->menci handbag
U=suruh check sana,check sini
Y=on call

C=sigh! n teringat mayb kunci pada en sayang.tapi nak sedapkan hati cuba berpatah balik ke rumah sambil call en sayang.terserempak S,potpet2 kejap n terus berjalan laju2.
Lucky en sayang pick up and soh buat sportcheck kt kocek seluar.memang betul kat dia :( :(
call U soh tahan S sbb terpaksa tumpang S

C+U+Y+S=gelak beramai2
C+U+Y=nek trens bersama2 n yg pastinye sempat berposing!tapi gambar kat phone Y

Friendssss:Plish tolong saya rungkaikan semua soalan nihhhh

Soalan 1: kenapa perempuan perlu ada handbag?

Soalan 2: kenapa perempuan perlu ada handbag besar?

Soalan 3: kenapa handbag perempuan perlu ada banyak partition?--->bila cari barang,semua side kene selongkar :(

Soalan 3: kenapa perempuan suka bertukar2 handbag?
gambar hiasan sahaja

Monday, October 25, 2010

Sticker hari ni

Budi bahasa budaya kita
ayat yang betul?

Berbaloi-baloi?
RM2.00 sahaja untuk nasi separuh+timun

Sunday, October 24, 2010

task yang menanti saya

Assalamualaikum and Sejahtera Friends,

Wekend ni saya agak busy sket. Busy mencari barang2 gubahan.
Saya hanya mencari sekitar klang n shah alam jek. Nak pergi Nilai macam malas. tambah tolak duit minyak n tol lebih kurang sama jek. So cari area2 sini jelah kan...
Hurm..saya rasa banyaknya nak kena gubah. Sempat ke yek? Majlis hujung bulan 11. Tapi diingatkan, bukan majlis saya yerk. Itu majlis adik lelaki saya. Saya tukang deco2 jek :D
Mood nak menggubah tu belum sampai lg. Lazy sangat ctmah ni :(

N bukan setakat gubah barang hantaran adik jek,tapi saya kena gubah menda lain gak. Antaranya:
  • bunga dulang aka bunga dada
  • balang raya, order by kak zarina ---tq kak
  • jahit manik pada baju
  • deco2 kereta pengantin
Hopefully saya dapat siapkan semuanya dengan baik sekali...ganbate ctmah!!!

Jom layan lalah menyanyi...
video

Thursday, October 21, 2010

short notes dari dan untuk Puan Ellie Best

Assalamualaikum and Sejahtera Friends,

Sedang saya menyelongkar segala khazanah yang ada di dalam bilik (cari tali handbeg), tetiba saya terpandang 1 birthday card tahun lepas. Lalu saya pun membuka, and tersenyum sikit sambil membaca isi kandungan kad itu.. 

Dari Puan Ellie Best setahun yang lepas:
front  
lukis gambar keroppi coz ada keychain keroppi!

N isnin lepas saya dapat lagi 1 dari Puan Ellie:
krooh krooh
Untuk Puan Ellie Best:
TQVM BFF!Awak senantiasa jadi BFF saya.
Saya dah terasa kehilangan awak :(
Nanti awak bawak saya sekali kay

suap2: fedup dengan situasi ketika ini

Tuesday, October 19, 2010

Lala lahirkan babies??

Rutin harian selepas pulang keje adalah check keadaan kiki lala n notti.
tiba2 saya terpandang sesuatu!ada baby kecit kat gelongsor!
hah!lala dah beranak!

Alamak!saya still xperasan bila masa dia pregnant.
Yang saya tau lala aktif n selalu gadoh ngan kiki sampaikan saya terpaksa pisahkan depa sebab dah berdarah2. badan kiki lala tobek sana tobek sini.hoho

tapi sayang sekali!
kesemua babies (5 ekor) mati angkara semut durjana...nyah kau semut!!!huhuhu
baru rasa teruja suddently kiciwa :( :(
dah mati
lately rumah byk semut kecik2 kaler coklat oren tuh..pasal pe pun xtau :(
sebab panas ke?sebab ujan ke?sebab ape!!!!!!!!!!!!!

suap2: xde mud!

Monday, October 18, 2010

kusangkakan panas hingga ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari

Winnie saya pendek umur.huhu
Pagi semalam winnie kelihatan lesu sekali.
Plan nak tengok movie terbantut sebab winnie sakit n perlu di rawat segera.
Selama 4 jam kami pusing2 seluruh shah alam, mencari clinic veterinar tapi rata2 semuanya tutup. Sampaikan taman arnab pun kami pergi gara2 nak cari ubat.huhu
Lastly, en sayang soh tengok area kota kemuning. Lucky clinic bukak. Doc cakap jangka hayat winnie xlama, 50/50...Mayb malam ni mati :(

Advice dr Doc:
1) beli bunny kat free market tak elok sebab banyak tangan yang sentuh n persekitaran bising
2) bunny stress sebab perubahan environment
3) sekarang cuaca panas n bunny kena duduk tempat sejuk
4) baby bunny memang cepat mati
5) jangan bagi makan rumput kering sbb masih baby--->rasa nak shoot je pekerja yg jual bunny nih!

N then Doc bagi quotation utk 3days RM290.00..fuhhhh...saya rasa cam nak pengsan.
Even bg antibiotik pun da RM60...huhu
Kalau tak nak ubat pun xpe sebab saya dah tau kondisi winnie 50/50.
Tapi perasaan kesian dalam diri kami ni tebal.Tgk winnie hati jadi sayu.
So we all decided injet n bg antibiotik jek.
Sayunya hati lebih2 lagi masa doc bg winnie minum "baby,please survive ur self baby". Tapi winnie keluarkan smula air tuh.huhu
Doc cakap: kita buat apa yang termampu n make sure bg winnie minum air byk2.TQVM doc!

So balik je rumah,terus bg winnie air. Kadang2 winnie minum,kadang2 winnie xminum.huhu
Suddently around 4pm winnie jadi laen macam. Kaki tangan winnie jadi kejang mcm menendang2 n mulut winnie tecungap2.
Saya?gelabah!nangis!
pastu Winnie senyap n terus senyap

Bubuy winnie. Kejap je waktu kita bersama. Genap seminggu awk tinggalkan saya

Friday, October 15, 2010

Mane bunny saya...

Assalamualaikum and Sejahtera Friends,

Banyaknya bunny!Mane 1 saya punya ya???
toing toing
Yang pastinya bukan yang ini
macam pegang patung bunny jek

Ini dia bunny saya. Namanya Winnie. 
manjanyeee

Saya panggil winnie sebab dia betina.
Name ni en hamzah yang bagi.
Saya sangat2 teruja sebab winnie ni manja sangat..luv luv luv

en hamzah bertungkus lumut menyiapkan cage tuk winnie :D
sampai senja dok ketuk2

suap2: ada rezeki nk beli lg sekor.pastu ternak banyak2 n leh wat ladang arnab.leh benti keje!HAHA

Wednesday, October 13, 2010

setahun yang lepas

hari ni genap setahun kakak kat sana...
13/10/2009 hingga 13/10/2010...
Rasa macam baru je lagi...
Semoga roh kakak dicucuri rahmat selalu. Amin

suap2: kita sentiasa bersamakan 

Saturday, October 9, 2010

Yummy2..I like Big Apple!!


Saya suka makan big apple!
Sedapnya hingga menjilat jari!
Donut yang comel, isi yang lembut, tak tertahan2 rasa...
Lately dah 2 minggu berturut2 saya makan big apple. Mayb esok pun nak makan lagi..hoho
Paling2 suka perisa the alien, chocoholic, n Californian almond 
 

Tetiba teringat kat x GM Powercomp 'Mr Lim'. Dulu2, Mr Lim selalu beli big apple tuk staffnya..
Sekarang........sendiri mau ingatlaaaaah

suap2: terima kasih sbb memahami...

Wednesday, October 6, 2010

week 3: the biggest loser asia s2

Assalamualaikum n Sejahtera friends,
 
Cabaran para peserta pada minggu ke 3 ini adalah cabaran beg pasir. Setiap kumpulan dikehendaki membawa 100 beg pasir (10kg per unit) ke main point yg mana jaraknye sepanjang 25m. Di main point, setiap kumpulan dikehendaki menyusun beg pasir tersebut sehingga 4 tingkat dan seterusnya berdiri di atas beg pasir tersebut dgn memegang bendera kemenangan.
 
Dan cabaran kali ini dimenangi oleh kumpulan Biru, dimana mereka dapat menikmati pelayaran di sepanjang tasik putrajaya sambil menikmati sunset. Selain itu, mereka juga dapat memilih seorang daripada kumpulan merah untuk dikecualikan dari sesi penimbangan.

Masa sesi penimbangan, kumpulan biru telah memilih fish utk dikecualikan dr sesi penimbangan. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat pasukan merah kerana pada kali ini mereka BERJAYA memenangi sesi penimbangan dengan jumlah 21kg / 15kg dgn membawa peratus 2.48% / 2.09%. TAHNIAH RED TEAM! Congratulation to Nai sbb merupakan penyumbang terbesar iaitu 6kg.

Akhirnya pasukan biru terpaksa bergelut di dalam bilik penyingkiran and mangsa penyingkiran pada minggu ini adalah Yana (4 undi). Ini bererti tamatlah persaingan dari Yana (Malaysia)...

Saya?tak suke pada Raj. Pandai bermuka2!Pandai buat muka toya!

suap2: arini last puasa 6 n terasa nak makan satay lagi.yeyeh!
 

Monday, October 4, 2010

Seri Bayu Tekala

Semalam saya follow en sayang ke pertandingan memancing di seri bayu tekala,semenyih.
Seawal 4.30am saya dah bangun n gedebak gedebuk kol 5.05am gerak dari rumah.
Sangat mengantuk n at the same time rase boring sebab radio xfunction kan.
So en sayang melalak sesowang diri supaya saye tak mengantok n saya pun follow jela dia melalak.hoho! Perjalanan mula bertukar menjadi sedikit suspen selepas memasuki simpang sungai tekala. Jalan kampung,so faham2 jela. Jalan gelap, sempit, berlubang n mcm2 bunyi ada.hoho

Tepat 6.15am kami sampai and en sayang mula menyiapkan segala ramuan umpan yg nth pape.malas plak nk join.
Saya?solat n tidoooooooo la...
Pukul 7.50am terjaga coz dengar bunyi orang muntah2 n en sayang dah xde..huhu!
Tgk2,kat kereta sebelah ada sowang lady.mayb dia pregnant kot.
Disebabkan rasa geli,saya pun keluar dari kereta n terus cari en sayang.

En sayang duduk kat kolam 8. Saya pun cepat2 la pegi ctu sebab ramai sgt pemancing tegar. Automatik jadi gelabah. Nak wat camne,gelabah n ctmah mmg xdapat dipisahkan.huhu
Pertandingan start pukul 810am dan berakhir 110pm.
Sebanyak 30 hadiah ditawarkan dimana hadiah utama bernilai RM25000, kedua bernilai RM11000, ketiga bernilai RM6000, keempat bernilai RM4000, dan seterusnya.
Sebanyak 5 kolam dibuka untuk pertandingan kali ni.

Saya?duduk bawah payung n baca novel Lagenda Sebuah Cinta.Nasib baikla bawak novel.
Kalau x, mesti kematu xtau nak watpe.lalallaa

Tiba2 saya nampak en sayang menarik pancingnye seraya menjerit DEPAN DEPAN!
Haaa...ikan dah makan umpan.yeyeyeye
Kelam kabut en sayang berlari hingga hujung sudut. Susah betul nak tarik ikan tuh.
Lastly,en sayang dapat gak naikkan ikan patin seberat 5.6kg n sehingga pukul 1200pm en sayang menduduki ranking ke 2. Dalam hati sempat gak berharap ikan xnaik dah.hihi
Tapi start 1215pm para pemancing mula mengganas. Banyak ikan dinaikkan. Mayb sebab dah tengahari, so ikan2 semua kelaparan kot.nthla.huhu
En sayang hanya menduduki ranking ke 9 n dapatlah RM300. Takpelah, lain kali kita cube lagi ek abg...Mayb rezeki abang masa pertandingan kat tasik shah alam nanti ke. Mana tau kan...
Bak kata abah, takpe,300 tu pun rezeki jugakkan :D

Tapi tapi tapi saya TENSION!
sebabnye muka, kaki, tangan semua dah belang2..huhu!lupe nak sapu lotion.budget duduk bawah payung xhitam agaknye.LOL

suap2: rasa nak tidur supaya dpt mimpi menu apa untuk juadah buka puasa nanti.lalalala

Related Posts with Thumbnails