Sunday, September 5, 2010

Memotong kuku ada caranya

Salam Friends
Memotong kuku juga ada adabnya kerana kuku adalah sebahagian daripada bahagian tubuh anak Adam dan perlu dijaga kemuliaannya. Seboleh2nya potongan kuku tersebut hendaklah ditanam dan tidak dibuang merata2 seperti di tong sampah.
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Caranya:
  • Dimulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat Nabi
  • Memotong kuku jari di tangan kanan dahulu, iaitu jari telunjuk, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking dan akhir sekali kuku ibu jari.
  • Seterusnya disambung pula dengan kuku jari kiri dimulai dengan jari kelingking, diikuti jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhir sekali kuku ibu jari. 
  • Untuk kaki pula, dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan sehingga kelingking kaki kiri.
Suap2: Islam itu Indah sehinggakan potong kuku pun ada adabnya. Alhamdulillah
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails