Thursday, September 30, 2010

Mari Deco Katak

Assalamualaikum n Sejahtera Friends,

Kali ni saya nak bercerita pasal spesis katak yang diperbuat daripada tuala kecil ataupun sapu tangan ataupun kertas. Saya ingat lagi, masa zaman kecik2 dulu selalu main dengan kengkawan. Main pondok2, main masak2, n yg paling saya ingat main kahwin2.HAHA!kecik2 pun dah pandaikan.
 
Tapi entry kali ni saya nak bercerita pasal main katak.
Dulu,masa kecik2 selalu amek sapu tangan or towel kecil mak.pastu mesti berlumba2 ngan kengkawan sapa paling laju siapkan katak. Gulung2, pintal2 sampai la jadi. Disebabkan mase tu masih kecik, so bila nak buat kaki katak mesti mintak tolong kawan tarik 2 2 hujung towel tu supaya jadi kaki katak. Kaki katak mestilah panjang sikit dari tangan katak.
 
Tada....Inilah dia sample katak yg diperbuat daripada towel kecil.hahaha
Katak towel
Tak macam rupa katak pun kan. Kalau tambah mata,nampak la sikit rupa katak kot.
Tapi katak ni tak leh melompat.hihi

Ni plak sample yang dibuat oleh kawan saya. Adalah rupa katak sikit kan n nampak cam boleh lompat. Terima Kasih bebanyak ek :D
Katak kertas
Tak kesah la rupa macamana pun, janji ikhlas and ada usaha nak buat.
Dimana ada usaha, disitu ada jalannya...

Sekian sahaja,tataaaa

suap2: salah satu cara nak menangani tension!

Wednesday, September 29, 2010

Saya dan The Biggest Loser Asia S2

Malam tadi we all lepak2 depan tv sambil makan segala kuih raya yg ada.Byk gile!
Dalam list saya, nak mamam kuih raya yg berjenis2, nak mamam dodol, nak mamam kek n nak mamam coklat. Had00i..GIler kemb0ng pewut saya!
Nasibla coklat lupa nak keluarkan dr fridge. Kalau x,tak tau la rupe ape.h0h0

N seperti minggu lepas, setiap hari selasa ada program 'the biggest loser asia S2'. Cabaran untuk minggu ni adalah 'Monsoon Cup Challenge' dan dimenangi oleh Blue Team. Hadiah yang dimenangi adalah mendapat sesi urutan badan di Dewi Sri Spa, Putrajaya Marriott Hotel and Spa dan juga berpeluang untuk memilih 2 orang peserta dari Red Team untuk dikecualikan dari sesi penimbangan.
 
Pada sesi penimbangan, Blue team menang dgn jumlah 20/17 n peratus kurang ialah 2.54%.
Jadi seorang peserta dr Red team akan diundi pulang.
Masa dlm elimination room, undian seri: 4 untuk MANJIT n 4 untuk PATTY. So Blue team capten RAJ telah dipanggil utk menentukan peserta mana yg akn meninggalkan competition ni.
Urghhhh!!!tak disangka sama sekali!!!
Blue team undi SCOOT!
SCOOT keluar???Mane aci!Unfair utk SCOOT....
Should be pihak pengurusan program ni buat rules yang betul!pilih dr peserta yg mendapat undian seri. ctmah emo tak menentu
Saya rasa SCOOT paling menyerlah coz 1st week je dah turun 15kg n pastinya mendatangkan kerugian besar buat Red team.
SCOOT Dah la Encem.ISh!Uhuks!!!

suap2: utk menghilangkan rasa moody,saya nk makan satay pasar malam sec 24.Yay!

Monday, September 27, 2010

Announcement penting untuk para peminjam PTPTN

Salam Friends,
Malam tadi kawan besh saya elliebest call bagitau pasal info ni.
Wah...rasanya tak sabar nak datang opis sebab nak bace pasal info nih. 
Bukan semangat kerja tp semangat lebih ke arah lain.OPS!
Bukannya apa kat rumah takde internet. So harapkan kat Opis jelah tapi marabahaya gak sebab ada internet reports!Tapi tak kesahlah sebab saya bukan wat salah pun, saya bukan bukak website yang mengarut2 pun, n apa2 jelah.

So malas nk buang masa, saya grab terus dr PTPTN:

Untuk makluman semua peminjam, PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat.
Sehubungan dengan itu bagi melancarkan proses penawaran tersebut peminjam dikehendaki mengemaskini maklumat yang diperlukan didalam laman web kemaskini Ujrah (klik di sini).
Jadual untuk mengemaskini maklumat penawaran pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) boleh dirujuk di sini. 
Carta alir proses penawaran pembiayaan pendidikan / ujrah boleh didapati di sini.

Apa yang perlu korang2 lakukan?
* masuk website PTPTN n baca info yang berkaitan
* semak jadual kemaskini and plishhh mark on ur calendar ya
* semak carta alir proses penawaran pembiayaan balik
* n bila dah sampai tarikh tu, plisshhh update all maklumat yg diperlukan


Saya rasa proses ni mesti lambat sebab dijalankan by peringkat. Tapi tak kesahlah. As long kita nampak perubahan tuh. Dari dulu lagi PTPTN cakap nak turunkan % tapi sekarang baru nampak.aishhhhh
Penat membayar, tapi dah tugas kita kan. Pandai pinjam pandai2 lah bayar :D

suap2: camnelah nk bayar semua hutang dengan gaji yang ciputttt 

Saturday, September 25, 2010

Open HOuse at Jalan Cili 6

Salam Friends,
Ini merupakan kali pertama lorong cili 6 buat majlis hari raya. Sekalung tahniah buat keluarga Cik Din and Makcik Idah kerana berjaya mengadakan majlis yang serba meriah ni :)

Sedikit info mengenai majlis hari raya Jalan Cili 6:
  • ditaja oleh cik din n makcik idah - semoga rezeki kalian bertambah
  • diacarakan oleh en2 jejaka yg ensem: en sayang n amat
  • majlis dimulakan dengan kenduri doa selamat by orang2 surau
  • para tetamu mula menjamu selera
  • majlis diserikan lagi dengan nyanyian nasyid oleh anak2 kecil Cili 6
  • sesi cabutan bertuah utk setiap rumah, dimana wakil setiap rumah tampil membuat cabutan dan dikehendaki berucap serba sedikit - uncle india n encik sarawak pn dpt hadiah
  • majlis diakhiri dengan sesi teka teki dan sesi bergambar

So apa tunggu lagi, layan jelah gambar2 dibawah ni kay :D

Kumpulan Nasyid Cili 6




En Sayang n Amat



Menjamu Selera



Cabutan Bertuah



Para Lelaki


Kami

Friday, September 24, 2010

Ending Epilog SYurga Cinta

Salam Friends,
Semalam merupakan final Epilog Syurga Cinta.Deh...Nasibla sempat tengok walaupun terlajak sket sebab balik keje p isi minyak sat. Pastu p cuci JFQ sebab rupa dah mcm kereta pengantin yg dihujani beratus2 kelopak bunga n daun, n lastly p tapau nasi lemak+burger utk juadah berbuka nanti...Ending drama ini oklah nampak simple dimana Irham akhirnya berkahwin dengan Siti Syuhadah dan Xeera berkahwin dengan Ustaz Riyan.
Tapi sedikit kiciwa sebab lastly xnampak adik Mia :( Pastinya saya akan merindui watak adik Mia sebab dia cute sgt2..kalaula jumpe, rasa nak cium2 sampai lebam.huhu
BTW saya lebih suka ending Filem Syurga Cinta dimana cara Awal melamar Heliza lebih menarik minat saya. So sweet dimana saya sering terbayang kalaulah tunang saya yg buat camtu..wakakaka


Sedikit info yang boleh saya share:
Epilog Syurga Cinta diadaptasikan dari filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh
Zizan Nin (menggantikan watak Awal Ashaari), Fida (watak Heliza) dan adik Mia Sara (watak adik Haziq).

Drama ini memaparkan kisah kehidupan Irham yang serba moden dan jauh tersasar dari landasan agama, berbalik pula dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamaNya yang suci. Si cute Mia merupakan anak angkat kepada ayah dan ibu Irham dan memainkan watak penting dalam menyatukan Irham dan Siti Syuhada.

Kemuncak konflik pabila Irham dapat tahu bahawa Mia adalah anaknya dengan Xeera(watak Intan Ladyana),sementara Siti Syuhadah nekad untuk berkahwin dengan Ustaz Riyan. Campurtangan atok Siti Syuhadah mendatangkan jawapan untuk setiap kekeliruan.
Kata atok:
Jodoh ada 3 jenis:
1) Jodoh dari syaitan.
Contoh: Irham bertemu dengan Siti Syuhadah, dan suka sama suka. Kemudian buat maksiat dan lepas dapat anak luar nikah baru kahwin.

2) Jodoh dari jin.
Contoh: Irham bertemu dengan Siti Syuhadah, tapi Irham bertepuk sebelah tangan. Irham bomohkan Siti Syuhadah kemudian mereka berkahwin.

3) Jodoh dari Allah.
Contoh: Irham bertemu Siti Syuhadah, dan suka sama suka. Kemudian Irham meminang dan berkahwin dengan Siti Syuhadah. Inilah yang dinamakan syurga cinta.

Suap2: jangan lupa saksikan kemunculan watak adik Mia Sara Nasuha dalam filem Nur Kasih :)

Wednesday, September 22, 2010

Serikan Aidilfitri Dengan Dutch Lady

Salam Friends,
Korang2 pernah nampak iklan ni x?

Mesti ramai yang tau n xtau kn.
Actually haritu kawan saya ada cakap pasal promotion ni tapi saya buat kesah xkesah jek.
Satu hari saya baca paper metro n tetiba terpandang iklan ni n apa lg terusla praaaap iklan tuh. Hadiah penebusan tu simple jek tapi macam tertarik tambah plak family saya penggemar susu dutch lady.
 
Trima kasih byk2 to pak bucuk, puan suria, en sayang n osmate saye shima :D
 
Finally saye dapat kumpul 65 mata. Nampak cam sikit je, tapi itu jelah yang mampu dikumpul. PLISH BERSYUKUR CTMAH :)

 
N arini saya nak pos. Harap2 sempat sampai sebelum tarikh tutup 30th Sept nih

Suap2: balik bercuti kepala menjadi penin2.apsal nie
 

Tuesday, September 21, 2010

Yang Enak dan Ngak

Salam Friends
Balik dari bercuti semua jadi malas.
Malas nak kerja. Malas nak update blog. Semua MALAS.
Apa yang rajin pun xtau la. aisshhhh
kena motivation kat diri sendiri nih.PLISH CTMAH, JGN MALAS2 K!

Cerita raya saya?
Menarik: 
Dapat berkumpul reramai, dapat bermaafan reramai n pastinya dapat berposing sakan reramai :D   
Setengah Menarik: 
Menjadi sangat pemalas utk beraya ke sana sini. Dok uma guling2 ngn patin n bilah tgk cite korea 'u r beautiful'.Pingsannn 0_0 bile mak bunda mule membebel
Kureng Menarik: 
BUdget tak cukup nak bagi duit raya lebih kat anak buah.cian kat korang kn.tunggula mak tam kaya sket ea :|
Paling Menarik: 
Horayy!dah besar2 pun still lagi dapat duit raya!Alhamdulillah
Terlebey Menarik: 
Bila sedara mara datang umah, soklan cepu emas yg ditanya:
1) bila majlisnya? LOL
2) macam dah bau2 nasi minyak jek LOL
3) owh..bakal pengantin sambil tersenyum2 ke arah saye LOL

saye???
Pingsannnn dan terusss pingsannnnnnnnnnnnn.
Peringatan!Jgnla tanye saye.tanyelah adik dulu ke, anak mak leha ke, rombongan cik kiah ke..ape laaaa LOL2x

suap2:nak makan satay kat pasar malam 24 :(

Wednesday, September 8, 2010

Menjelang Hari Raya

Salam Friends
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H
Maaf Zahir dan Batin
Salah silap, terkasar bahasa, terguris hati harap diampun
Semoga Hari Raya ni dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita
Sekarang ni musim hujan, jalan licin. So hati2 di jalan raya kay.
 

bak kata polis "pandu cermat jiwa selamat"
bak kata pendengar hot fm "awas, malaikat maut di depan"
bak kata pendengar hot fm yg lain "hati2,dato siti nurhaliza di depan" TBB tol


Jom nyanyi ramai2:

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

( korus )
Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa


suap2: yahoo!cuti sampai 19hb!

Tuesday, September 7, 2010

Sumthing Different 4 his birthday

Hari ni birthday en sayang.
Before birthday en sayang, saya kalut dok memikirkan kelainan.tak nak la bagi hadiah ke ape ke.at least saya nak wat sumthing different yang akan dia ingat sampai bila2.Insya Allah
Finally!saya buat decision nak buat sekeping kad utk dia :) n lepas tu saya nak beli sebiji kek.
Mayb nampak simple tapi disebabkan tangan saya yang agak keras so masa yang diambil nak buat kad ni lbey kurang 1 1/2jam + borak2 ngan uda + tgk tv.HAHA

Bahan2:
1) colour paper
2) keratan kotak
3) wrapping paper
4) beberapa keping gambar
5) selembar ucapan




TO MUHAMMAD HAMZAH BIN ZAINAL ABIDIN
Happy Bithday to U
Panjang Umur n dimurahkan rezeki selalu
Saya Sayang n Cinta Kamu Selalu

Monday, September 6, 2010

Duit Raya


Salam Friends,

Wah...lagi beberapa hari saja kita akan menyambut aidilfitri. Cepat sungguh masa berlalu. puasa kali ni tak terasa sangat. sedar tak sedar dah hampir sebulan kita puasa.

bila ingat raya, Hati jadi riang. kerja pun dah malas nak fikir. Ikut hati malas nak g keje dah. Tapi komitmen tetap komitmen.kalau tak kerja macamana nak cari duit raya kan...TBB la ctmah. Bila sebut pasal raya, mesti ramai yang dah tukar duit kn.

Saya?tak sempat nak tukar..huhu
Tadi dah g MBB tapi jawapan hampa yang saya terima
saya: "kak, nak tuka duit kat kaunter mana yerk?"
kak MBB: "duit dah habes la dik.jumaat dah habis"
saya: senyum kelat sambil mengucapkan "terima kasih"


alamak...cam gini xde duit raya lah tuk anak2 buah saya yang seramai 16 org tuh...
ke nak guna duit 50sen yang saya kumpul ni ek???HIHI














suap2: sangat suram

Sunday, September 5, 2010

Memotong kuku ada caranya

Salam Friends
Memotong kuku juga ada adabnya kerana kuku adalah sebahagian daripada bahagian tubuh anak Adam dan perlu dijaga kemuliaannya. Seboleh2nya potongan kuku tersebut hendaklah ditanam dan tidak dibuang merata2 seperti di tong sampah.
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Caranya:
  • Dimulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat Nabi
  • Memotong kuku jari di tangan kanan dahulu, iaitu jari telunjuk, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking dan akhir sekali kuku ibu jari.
  • Seterusnya disambung pula dengan kuku jari kiri dimulai dengan jari kelingking, diikuti jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhir sekali kuku ibu jari. 
  • Untuk kaki pula, dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan sehingga kelingking kaki kiri.
Suap2: Islam itu Indah sehinggakan potong kuku pun ada adabnya. Alhamdulillah
 

Saturday, September 4, 2010

Jom Test Conflakes Chocolate

Arini tetiba datang mood nak buat kueh raya :)
Actually saya follow kueh yang telah dibuat oleh cik huda. aritu saya soh cik huda bawak sample n sambil mamam kueh raya ni sambil berfikir samada nak wat @ x. cara nak buat kueh ni amat simple,lebih kurang macam conflakes madu. apa tunggu lagi, p maydin cari bahan2 tuk buat kueh nih.
 


si kecik qilah sebuk mengepow kismis. mulut potpet2 cakap 'atam, sedap atam. nak gi' aishhhh

bahan2:
1) conflakes 275gm
2) raisins 125gm
3) cooking chocolate 200gm
4) colour ball
5) margerine ikut citarasa
6) paper cup cake
cara2nya:
A
1) pecahkan conflakes menjadi kepingan kecik - jangan sampai hancur
2) potong kismis kecik2
3) campur nom 1 + 2 dan gaul sehingga sebati

B
1) coklat masakan dan magerine dicampur dan panaskan di atas dapur
2) setelah masak, masukkan ke dalam adunan A dan gaul sehingga sebati

C
1) susun paper cup cake di dalam dulang
2) masukkan adunan B di dalam paper cup cake 

D
1) panaskan sekali lagi coklat masakan dan magerine untuk buat topping
2) tuangkan di atas adunan C
3) hias dengan colour ball
4) biarkan sejuk sekejap n lastly susun dalam tupperware


suap2: aku suke imagine dan menghentam ikut apa yang aku fikirkan :D

Friday, September 3, 2010

Follow adeknya

pusara timmy
Akhirnya timmy follow gak puteh...Nape ek?
Saya pun kurang pasti la kenapa...huhuhu
Sedihnya masa nak tanam timmy...lg sedih sebab xsempat nk bawak gi klinik.
sampai2 shah alam je timmy da xde :(
Mayb lepas ni giliran notti sebab mesti dia xhappy maen sesowang.
ke hulu ke hilir tanpa teman..cian kau notti..huhu
bak kate kak su 'mayb hamster ko tekejut sbb kene jerkah ngn tikus2 umah kak su'
:( :( :(

suap2: perlu ke saya carikan notti teman?what should i do ya friends?
 

Kerjaku menggubah dan mengkondem

Salam Friends,

Menjelang nak raya ni, semua kaum hawa bertungkus lumus membuat kuih / membeli kuih.
tapi saya lain plak jadinya...saya sibuk menyiapkan 10 balang kueh utk kakak kesayangan saya.
nak tak nak terpaksalah buat sbb akak ugut 'kalo ko xwat balang kueh tuk kak no,kawin nnt kak no xnk tolong pape'.HAHA!TBB

tapi saye xkesah pun sebab saya suka sangat bab2 menggubah sumthing nih.
saya xde la sekreatif mane tapi saya suka buat sendiri. bila buat sendiri hati pun terasa puas. walaupun rasa tak cantek, tapi kepuasan tu yang penting..cayalah ctmah..kekekeke

Antara benda2 yang saya gubah n kondem: 
sample masa nua tunang


sample: masa saya tunang
balang kak no

Thursday, September 2, 2010

Setitis Harapan

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau kuatkanlah iman hambaMu ini
Kau kukuhkanlah ikatan hambaMu ini
Kau cekalkanlah hati hambaMu ini
Kau tunjukkanlah jalan yang benar pada hambaMu ini
Kau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini
Kau titipkanlah perasaan kasih dan sayang pada hambaMu ini
Kau peliharalah kehidupan hambaMu ini, dan
Kau kikislah air mata hambaMu ini

Kenangan tetap kenangan
Kenangan tak bisa dilenyapkan
Kenangan itu sangat indah walau terkadang ianya pedih
Kenangan sentiasa tersimpan seribu satu episod
Episod antara kau dan aku
Yang akan disimpan rapi menjadi kenangan
Walau hakikatnya ia hanyalah kenangan 

Wednesday, September 1, 2010

syoknya kalau beramai2


Hari tu saya berbuka puasa dekat area dataran shah alam.
Menu yang simple. Just beli nasi goreng ayam percik, kuew tiau goreng,air anggur n air tebu kat param area pkns.
Bak kata;
en sayang: ish!tak baik membazir.makan apa yang perlu jek
saya:senyum dan angguk jek :|

macam tak caya, ramai betul umat kita yang berbuka kat ctu. seronoknya rasa. lebih seronok bila datang dengan family, suara bising kanak2, bawak tikar n yg plg sempoi siap bawak khemah tuh...fuh..macam bercamping lak rase :D
xkesahla bawak apa pun, yang penting niat kita ikhlas n happy selalu..rite kawan2?



suap2: puasa kali ni terasa cepat. sedar tak sedar dah 22 hari kita berpuasa..Alhamdulillah

Related Posts with Thumbnails