Sunday, August 29, 2010

Selamat Jalan Syukri Aziz

To Syukri Aziz aka Uyie:
  • Hari ni Uyie dah bertolak ke Canada utk menyambung pengajiannya dalam bidang Engineering, all the best to u.
  • Jaga diri bebaik, jaga nama abi n umi, jaga agamamu, jaga solatmu, jaga kelakuanmu.
  • Belajar pandai2 yerk n jangan hampakan harapan umi.
  • Tahun ni raya kat perantauan, so selamat hari raya dari jauh la. Nanti we all tolong melantak tuk u k :p
  • 4 tahun tu takde la lama mana pun, so jangan sedey2 k :)
  • Bile balik Msia, jangan lupe bawak buah tangan tuk kami especially ur mak tam ni.kekeke
  • Badan tu dah gedem, so silala kasi kuwus sket ye lagi2 tang pewut tuh..hoho
  • Bila u dah habis study, mesti mak tam da ada ank sowang..wakaka TBB
1family
daaa yie

    Friday, August 27, 2010

    Kata Bibik Safety First!

    Harini merupakan hari terakhir bibik nyonya Suriani berada di Malaysia. Mau pulang selama2nya ke kampung halamannya. Kontraknya bersama nyonya Suriani sudah habes. Di suruh sambung ngak mau--->tetiba bertukar slang indon
     
    Tiba2 bibik duduk disebelah dara dan menyelak bajunya lalu mengeluarkan sepucuk envelope yang terselit rapi di dalam seluarnya. HAHA

    dara: apa tu bik?
    bibik: nah..ini mau di simpan tempat lain sambil ketawa mengeluarkan berjuta2 rupiah
    dara: wah...banyaknya...nk simpan ktne lagi tu?
    bibik: begini caranya. lalu bibik pun mencapai sepasang stokingnya dan menunjukkan aksi tersebut pada dara sambil tergelak2
    mau cuba ka?

    dara: wah...brilliantnya bibik sambil sebuk capture gambar
    bibik: iya.ini china gila yang ajar bekas x husbandnya
    dara: tergelak besa!

    bibik vouge!

    suap2: tiba2 teringat kat mak bonda. mak bonda mesti prepare 1 tali pinggang khas utk menyimpan duit2 yg banyak ituuuuuuuu

    Yok pulang yok

    Hai Friends!

    saya xnak merapu, xnak cite panjang, xnk membebel2 dah..jom layan nie

    Location: A&W Sunway Pyramid
    Menu: Aroma Ramadhan / Mozza Bugger / Waffle in the Mug--->kenyang bangat + enak


    Silala cuba kawan2


    Location: KTM Exhibition, Sunway Pyramid
    Tema: Selamat Hari Raya Promotion--->ctmah dah over posing...hoho
     


    Thursday, August 26, 2010

    Pengajaran dari kisah Rasulullah S.A.W

    Salam friends...
    Sharing dari seorang hamba Allah yang saya gelar Ustaz
    Sama2lah kita ambil ikhtibar yek.. Insya Allah
     
    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

    3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
    Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
    Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
    Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
    "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

    6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

    7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

    "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
    "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

    "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

    "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

    "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

    10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

    12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

    13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

    Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
     
    suap2: bersyukur kerana aku terpilih menjadi umat mu

    Wednesday, August 25, 2010

    Kasih ku titip buat cik paten

    Entry kali ni khas tuk cik paten :D

    Cik paten:
    Untie u yg cumel ni berterima kasih sgt2 pada kamu kerana mendambakan semua nie--->tbb punye ayat TQ cik paten.taun depan hadiah laen plak ea..haha!






    suap2: indahnya kasih sayang sesama makhluk

    Tuesday, August 24, 2010

    baru je nak main...

    ops!bile baca entry jangan salah anggap plak yerk.
    maksud saya yang baik2 saja.. :|
    puteh dah tinggalkan saya..s0b sob
    baruje nak manja2 ngn puteh, baruje nak main2 ngn puteh..
    sedihnya!semalam tgk ok jek..pagi ni tgk da keras.
    puteh puteh puteh..nape tinggalkan mummy :(

    puteh sakit ke?
    tgk lincah semacam jek

    puteh dibuli abg2nya?
    berkemungkinan besar sebab size puteh agak kecil berbanding abg2nya

    puteh kurang makan?
    laju semacam jek makan

    puteh kan betina?
    tulah.takut tak tahan dgn abg2nya --->paham sendiri yek :s

    tapi saya tak tanam lg..tunggu cik uda balik, baru tanam sesama.
    at least biar la cik uda tengok puteh saat2 akhir...
    puteh pergi di bulan ramadhan.semoga puteh baik2 saja di dunia lagi satu..
    luv u puteh...

    xdapatlah puteh mengembangkan zuriatnya :(

    suap2: semalam saya telah di ponpon oleh gergasi ijou and akibatnye saya menjerit terkejut coz bunyi ponpon tu amat lain bangat. nasebla tak gelabah marba. pada gergasi ijou,sila upgrade volume ponpon tu ke lower tone. xkirela leh adjust ke idak :p
     

    Monday, August 23, 2010

    Merdeka Merdeka Merdeka!

    Hi Friends,
    amacam puasa hari ini? berjalan lancar?
    terasa lapar? terasa haus? sabar ya kawan2...
    itu semua dugaan untuk kita :D

    Alhamdulillah, lagi beberapa hari saja kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53.
    Tema kali ini berbunyi '1Malaysia Menjana Transformasi'.

    Tapi rakyat Malaysia zaman sekarang ni dah kurang peka. Mereka endah tak endah jek..
    Contohnya macam semalam. saya ada tgk 1 program tv...
    ada yang cakap 'nth.53 kot.54 kot'
    ada yang cakap 'xpasti tema kali ni apa'
    ada yang hanya tersenyum terkulat2 memandang kamera ---> budget ensem.muntah ijou gua

    So..apa tunggu lagi...Marilah kita sama2 menyahutnya dan mengenang kembali sejarah kemerdekaan :D
    Jangan biarkan diri terlena dibuai mimpi...Ayuh!kibarkan bendera Malaysia!

    im biggest!

    Jom kibar
     Suap2: Adakah 1Malaysia berjaya diserapkan dalam diri rakyat Malaysia? Sejauh manakah kebenarannya yer?
    Friends, any opinion?suggestion?
     

    Saturday, August 21, 2010

    coklat kasih sayang


    dara: xnk cakap, syg merajuk ni
    teruna: yela.abg pujuk ek.syg nk coklat apa?
    dara:coklat kasih sayang
    teruna: OK

     
    -----end-----

    waktu yang dijanjikan pun tiba. si teruna pun bertemu dengan si dara.

    teruna: nah coklatnye.
    dara: ini ke coklatnya?
    teruna: tengokla betul2...


    dara pun membelek2 n tersenyum geli hati melihat coklat itu.
    tanpa membuang masa, si teruna membuka balutan yang menyaluti coklat itu dan memberi kepada dara.

    pandangan hadapan

    Pandangan belakang*like it*

    Jom rasa

    dara: thanks abg, really brilliant n creative.luv luv u
    teruna: saya kan sayang awak

    suap2: Kasih sayang tu tak semestinya datang dari jiwa,dari ucapan. Ianya bertambah2 manis bila dizahirkan dari segi pergerakan, dari segi perbuatan...

    how about u friends?really appreciated if dapat share pendapat or share moments yang indah2 wif me :)

    Friday, August 20, 2010

    tu dia 'TORPEDO'nya

    Hye friends,

    seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak bercerita mengenai 'TORPEDO' :)
    what do u think about this word?lalalalala

    aha...straight to the point la ek...
    perkataan 'TERPEDO' ni terpacol dr mulut saya since nampak kesan darah kat bedding /habuk kayu si ketot tuh.
    apa kene mengena perkataan tu dgn deaorang?
    sebabnya 'TORPEDO' tu merujuk pada tuttt!huhu
    saya pun xtau la camne perkataan tu boleh keluar tapi saya x pasti nak sebut apa..
    macam pelik je kalau nak sebut alat sulit.erks!wahahaha~~~~
    lantaklah, janji macam cumel jek bile sebut 'TORPEDO' :o

    so apa tunggu lagi!saya n cik uda pun memulakanlah operasi gerak gempur!
    kenapa kena wat operasi tu ek?
    sebabnya we all kena check 1 by 1 si ketot2 itu utk memastikan jantina masing2.huhu
    actually, b4 ni saya xde pun check jantina si ketot2 tu. so bila dah jadi camni terpaksalah saya check. kang kalau terberanak saya gak yang susah... silap letak kang,abes anak2nya di makan..huhuhu
     
    check punye check we all dpt agak 2 male n 1 female. 

    Glups!bergasakla kowang pasni..dehhh
    tapi saya tak tau la tekaan saya ni betul ke tidak sebab si ketot2 tu masih kecil. so 'TORPEDO' tu kurang menonjol.huhu
    macam ada, macam xde. hurm...layan jelah...kekeke
     
    dengan adanya darah tu, maknanya puteh dah ilang dara lah!!!yeahhhhaaaaa
    lepasni makin bertambah la konco2 mereka..nenonenoneno


    nama saya puteh



    Nama saya notti

    Nama saya Timmy

    Thursday, August 19, 2010

    si ketot ketot

    sekali lagi saya n cik uda memeningkan kepala utk memikirkan nama anak2 kiki lala nih..adeh!
    dah sebulan lebih depa hidup bergasak sana bergasak cni tapi still lg xde nama.apala saya ni kan..
    actually yg sekor ni dah ada gelaran tersendiri pun.disebabkan warna si ketot ni agak cerah so kami menamakannya puteh..
    yeah...i like dat name..puteh puteh...tiba2 teringat cerita bawang putih n bawang merah lak.hoho

    setelah berdiskusi dengan cik uda, akhirnya kami sebulat suara menamakan 2 ketot tu 'notty' dan 'timmy'.
    yeyeh!we like it!i like it!cik uda like it!u all like it???
    notty and timmy ni warnanya memang sama n susah nk bezakan.taram jelah..janji ada nama kan...
    1 untuk puteh
    1 untuk notty
    1 untuk timmy

    sebab apa saya cari nama utk mereka ea?sebabnya ada kisah disebalik kehidupan mereka..
    TORPEDO!ye...esok Insya Allah saya akan berceloteh mengenai TORPEDO.ahahaha
    apa itu TORPEDO?
    apa kaitannya dengan si ketot2 ni?

    tungguuuu

    Wednesday, August 18, 2010

    bukan jodoh saya

    Hai kawan2

    Cik mumu saya dah pergi tinggalkan saya. sedihnya... mayb saya tak serasi ngan mereka kot. tu pasal la semuanya tinggalkan saya...huhu
    Actually Cik mumu dah lama tak makan.bagi apa saja makanan, langsung tak disentuhnya. saya pun tak tau kenapa. sebab tu kot dia tinggalkan saya :(
    Sorry ye MUMU...saya tak sempat nak tanam awak pagi tadi. kat rumah tu takde cangkul. nak tunggu wekend ni cian lak kat awk...saya letak awk kat bawah pokok jek.saya tutup awak dengan daun. saya harap pokok tu semakin subur dengan baja awak tu.. sorry ye cik mumu..i luv u so much cik mumu

    mumu: kenangan bermain dgn kamu akan saya ingat sampai bila2

    Friday, August 13, 2010

    Indahnya hari ni

    Perjalanan jauh tak kurasa
    kerna hatiku melonjak riang
    ingin berjumpa ibu dan ayah
    yang selalu bermain di mata

    wah....dalam kereta nanti nak nyanyi kuat2 lah sebab radio xde...malam tadi try pasang radio asal tapi xfunction sebab wayar radio pun hantu tu kebas..lahanat punye org!grrrrrrr
    sabar ctmah..ctmah sabar ye... :D

    hari ni 5.00pm TAJAM!
    ye kawan2..diulangi TAJAM
    sebabnya saya nak balik kampung tuk berbuka puasa, bersahur bersama family tercinta.
    Insya Allah...doakan perjalanan saya,adik saya n my niece ye kawan2...

    Sedar tak sedar dah 3 hari kita berpuasa kan...Rasa macam sekejap jek...
    tapi kan...yang paling TBB tu,lagu2 raya dah bekumandang di pasaraya2 sebelum kita berpuasa lagi...adehhh...tension jek...ape kes???nthla...saya pun tak paham...
    terpaksa layan jela lagu2 tuh... :D

    beeep beeep
    lazatnye bila dapat berbuka or bersahur dengan goodday fresh milk or chocolate milk..
    lazat tak terkata..ingat elliebest je yg best ke?goodday fresh milk / chocolate milk lagi best tau...kan en penaja celup..lalalalalaaa


    en sayang will follow us on tomorrow petang..c u sok ye en sayang..dadaaaaa
     

    Tuesday, August 10, 2010

    Mari Bertarawih

    Kelebihan Solat Terawih dari Malam Pertama hingga Malam Ketiga Puluh :

    1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

    3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

    4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

    7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

    8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

    9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

    10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

    11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

    12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

    13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

    14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

    15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
    Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

    17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

    19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

    21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

    22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

    23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

    24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

    26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

    28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

    29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

    30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

    Alhamdulillah...

    Ramadhan datang lagi


    nota kaki: salah dan silap harap diampunkan...selamat berpuasa en sayang...

    Aku dan pencuri itu

    Apa kaitan entry ni dengan aku yerk?
    Haish...Memang tersangat la banyak kaitannya ngan aku..
    bak kate cik patin:
    "kamu slalu kn mempunyai jodoh dgn pencurik? HAHAh" LOL

    Sebab apa cik patin berkata begitu:

    1) rumah sewa di poli
    pencuri tu menyelinap masuk ke dalam rumah melalui tingkap lalu mencuri berjenis2 handset,beg galas aku, duit rm5 anis, cd hindustan fida, n paling besh sempat tgk album aku..budus x skolah!
    paling sakit jiwa raga bila kena tumbuk 2 kali kat hidung ni haa..adeh..sakit bukan kepalang...
    ni la pengalaman yang teruk n amat amat teruk :(

    2) rumah sewa di utem
    seat motor kene toreh,seluar jeans yang disidai hilang...huh!
    bilik faezah, baby n jojos kena skodeng sampaikan saha menjerit dan menyebabkan kami semua terjaga.
    bilik saya,eli n saha pun kena skodeng sampaikan cermin tingkap bilik air hampir ilang..sangat mengerikan pabile tibe2 ternampak 1 bentuk tangan sedang menarik cermin tuh..glups!
    gara2 kes ni jugakla kami terpaksa berbuka di balai polis sebab encik polis tu menaip dengan laju ---> perlahan sebenarnye

    3) rumah sewa di shah alam
    dok uma flat.so menjadi kebiasaan saya tuk parking motor di tempat yang disediakan.setiap malam sebelum tidur saya akan menyekodeng motor saya samada ada atau tiada.
    tiba2 1 hari saya perasan motor xde...arghhh!bagai nak gila saya pusing2 cari motor...
    mase tu nangis memang tak hengat.tanye jiran tu tanye jiran nie...
    sampaikan ada sekumpulan budak2 sekolah (selalu lepak kt bwh pokok) tegur saya n cakap ada nampak motor kat bla bla bla.
    tanpa fikir panjang saya pun ajak la budak2 tu..perbualan antara saya n budak2 tu tak yah la cerita sebab memang melawakkan..huhu
    yang pastinye kiteorg jumpa smule jju tapi dah barai..hukhuk terpaksalah anta kedai tuk operate jju :(

    4) rumah sewa di sunway
    bila saya masuk je dalam kereta, saya terpandang radio kosong ??? saya pusing belakang n terus nampak butiran kaca2.
    tingkap kete kena pecah!arghhhhh....macam nak tercabut jantung...
    gelabah gabra sume bercampur aduk.pe saya nak wat ni...pening2...
    saya pun kol orang tu kol orang ni...sambil teresak2 tanpa segan saya cite kat orang2 yg dimaksudkan tu...
    lucky kak su n abg halim datang n teman saya wat report..nk cerita ke psl police report?huh!xpayah!buang karat jek cite!

    begitulah kisah aku n pencuri..hohoho
    pasni malang apa plak la yang singgah kat aku...haisshhhhh
    tapi bak kata pepatah orang putih "life must go on"...

    Monday, August 9, 2010

    Lamanya mengidam

    Yeyeh!
    Akhirnya dapat gak saya beli ext hdd..yaya!im happy!mengidam dari dulu tuh...
    Price sebenar rm239 tapi dah diturunkan menjadi rm219.nasib baik la saya datang hari ahad kan..sebab memang dah budget harga lagi turun kalau datang hari last. tapi tengok nasib gak.kadang2 xsampai ahad,barang2 tu dah abis..
    free gift lak dapat cover bag n hair treatment.hakhak..perlu ke saye treatment rambut nih?mcm TBB jek.. LOL
     

    tada...nila dia hdd saya.. 
    Seagate FreeAgent Go™


















    nasibla ada pulus lebeh...kalau la tingkap tu beratus2 confirm saya xdapat beli ext hdd ni :( kalau xdapat beli,memang setiap ari saya sumpah pencurik tu jadi katak hodoh!
    bia mati kene lanyak kete ke,kena lanyak moto ke.xpun bia saya yang lanyak!puas hati sikit...huhu :(
    dah dah..malas cite pasal nih.wat rabak jiwa jek kan :o

    Jom saya sambung cite pasal PC Fair nih...
    Fuhhh...penat tu xyah cakap la kan...bising, gamat, sakit kaki,sakit mata, semua sakit lah..
    rasa macam2 nak beli..lagi2 kalu dok area kamera...rambang mata, rabun mata, nak tekeluar biji mata pun ada.
    tapi saya sentiasa beringat.beli yang di cari jek.jangan beli menda lain..
    tapi, dalam beringat tu terbeli gak bag laptop..actually xde la penting pun, tapi sebab terpandang kaler purple so hati n mata jadi tak keruan.
    so saya???
    malas nk pk panjang,sebat je la 1 :o hihi
    apa jadi dengan en sayang???
    gile pendrive n telah membeli pendrive apacer 16gb yg berharga rm63. mahal tapi cantik LOL

    n bercerita plak pasal paper beg..actually kumpul paper beg ni menjadi kegilaan saya n cik yumie.
    dulu2 g pc fair,jenuhla kami kumpul..p booth ctu, p booth cni..mcm2 jenis ada..hihi
    tapi tapi..kali ni xdapat banyak..dapat 3 jek.. :(
    intel n seagate.seagate sebab beli hdd tuh.intel lak sbb dpt jwb contest.tu pun saya taram jek.nasibla betul..hoho
    kali ni susah nk dapat sbb kena beli barang dulu,then baru dapat.. LOL
    xpelah..xkesah pun...kat uma tu belambak beg.. :o

    adeh..stop stop..penat nak menaip...jumpe lagi di lain entry..daaaaaa





















    pstt...to cik patin...i dah tolong usha accessories kamera tuk u :p

    Saturday, August 7, 2010

    Bad Day!

    Arghh...aku rasa nak pengsan nak pitam!
    To pencuri!
    Aku doakan kau mampos jadi katak huduh, mampos kene lenyek ngan kete!
    Idup ko xkan aman sampai bila2........arghhhhh!!!!!
     

    Friday, August 6, 2010

    PC Fair KLCC 06 - 08 Aug 10

    Jom ramai2 ke KLCC...
    Mai meriahkan lagi PC Fair kali nie.
    Mana tau ada yang berkenan di hati ke...
    Aku nak usha EXTERNAL HDD!!! Mengidam dari dulu lagi... 
    tapi...tapi...tapi.....
    takut terbeli menda lain jek...aishh
    wutever la ctmah oiii 

    KLCC: 6-8 Aug  

    Wednesday, August 4, 2010

    Rewang2 Hari Ahad

    Seronoknya!Ahad lepas saya,en sayang,yumie,huda,shima,fy,and ayin telah menggegarkan BROGA n AIR TERJUN SG TEKALA. Semuanya rasa teruja lagi2 saya
     
    Keterujaan 1: Broga Hill

    Waktu yang dijanjikan plak pukul 6.00 am sebab nak tengok sunrise. Semua dah bangun awal
    tapi pang pung pang siapkan breakfast kol 6.30 am baru kua umah. ikutkan en sayang n kawan2 dia nak berkumpul kat kawasan umah kiteorang. tapi dah masing2 lambat (busy wat sandwich gak) so jumpa kat petronas puchong gateway jek...Tempat untuk parking kereta amat unik sekali sih.parking dalam kawasan kelapa sawit n rm2 per entry.

    7 lebih we all pun memulakan pendakian tapi agak lucu sebab otw ke atas ramai yang dah turun balik. bayangkan pukul 5.00 am dah ada yang daki bukit tuh..fuhh
    Paling TBB tu siap bwk bekal sandwich (en sayang buat) n sepanjang perjalanan org2 dok tego kesedapan sandwich tu..wahahaha! MALU deeeh
    N bila sampai kat atas kami semua teruja GILER!

    Pemandangan yang cantik, udara yang segar, n yang pastinya jauh dari kesesakan kota.
    Wah! Betapa hebatnya ciptaan MU YA ILAHI!
    Rasa bersyukur kerana sehingga kini saya dipanjangkan umur untuk melihat kehebatan MU, TUHAN YANG MAHA AGUNG.
    N yang sonoknya we all sempat wat suprise birthday party tuk shima.kek pun simple jek...


    Terletak di semenyih bersempadan dengan Negeri Sembilan.

    Keterujaan 2: Air Terjun Sg Tekala
    Around 11 lebih bergerak ke sg tekala.tak sabanye nak mandi..lama gile tak mandi sungai.
    Seronok sampai terketar2 sampai tersungkur2 sampai macam2 la..wahahaha..
     
    Keterujaan 3: Happy Birthday Humaira & Umair
    Sampai Shah Alam around 3.00 pm n cepat2 p 18 cari hadiah tuk humaira n umair.
    aku balut hadiah humaira,en sayang balut hadiah Umair.
    Lepas Asar,rumah puan suraini dah dipenuhi budak2..
    wah..seronoknya!hingar bingar cam nak pecah rumah...whoo0ooo
    Happy Birthday to Humaira n Umair..cian kat umair ek,dapat hadiah 1 jek.
    yang len sume hadiah humaira sebab sumenya kawan2 humaira..
    xpe, umair tunggu hadiah dari kak tin2 ek :p
     
     
    sangat busy!
     
    Related Posts with Thumbnails