Thursday, June 24, 2010

Kehidupan Ini

Ada siang ada malam
ada bulan ada matahari
ada panas ada hujan
ada syurga ada neraka
ada baik ada buruk
ada positif ada negatif
ada kiri ada kanan
ada suka ada duka
ada adam (lelaki) ada hawa (perempuan)

Allah SWT itu Maha AGUNG, Maha KAYA

Setiap yang terjadi itu ada pasangannya
Setiap yang terjadi itu ada lawannya
Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya dan kita sendiri boleh memahami,menilainya dengan mudah

Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya sentiasa siang dan cuaca sentiasa panas. Tentu tercermin kepupusan, kemunduran. Bumi akan kontang umpama padang pasir, dan hidupan pasti mati.

Cuba pula kita bayangkan bagaimana keadaan manusia sekiranya semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Tentu terpamer kebosanan kerana tak dapat melahirkan zuriat penyambung warisan, dan sekaligus kehidupan menjadi semakin singkat.

So, apa yang dapat aku rumuskan adalah sesungguhnya dunia ini sangat indah kerana semua yang tercipta berpasangan.
Setiap kejadian yang Allah SWT cipta itu indah sekali dan aku amat bersyukur kerana dihidupkan dalam peliharaanMU Tuhan Sekalian Alam...

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU
                              sumber

No comments:

Related Posts with Thumbnails