Saturday, June 19, 2010

Imam Muda hanya di Astro Oasis

Sedikit info mengenai Imam Muda:
  • Disiarkan di saluran astro oasis,setiap hari jumaat jam 9.00 malam
  • Merupakan sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
  • Terdiri daripada Amiril Md Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.
  • Mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda ini dan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Shahrizan Daud At Turabi; Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus; seorang penceramah bebas.
  • Pengacara program pula diamanahkan kepada Uztaz Dzulkarnain Hamzah,yang mana beliau pernah mewakili negara bagi Pertandingan Tahfiz dan Tarranum di peringkat antarabangsa.
  • Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Dari kiri: Miril, Nuri, Taufek, Adib, Syakir, Azhar, Asyraf, Abe Syara, Aran dan Hizbur.
Sukanya tonton Imam Muda...
Rasa macam jatuh cinta lagi!Ops!bukan jatuh cinta kat mereka, tapi jatuh cinta pada personaliti mereka, n cara penyampaian mereka yang sentiasa berlandaskan Al Quran dan Hadis..
Semua yang terpilih sangat berbakat...
Bila dengar je bacaan dari 10 calon ni aku rasa tenang jek :)
Cara bacaannya, cara sebutannya, cara lontarannya sangat lembut, lunak dan menyentuh jiwa nie.

BTW, Malam tadi Imam Muda Abe Syara telah terkeluar dari program ni coz markah ujian penulisannya amat teruk... aku pun tumpang nangis gak.huhu

To Abe Syara: congratulations and jangan berhenti berusaha. Syahdu dengar suara kamu time mengemudi solat jumaat di Masjid Negara.

No comments:

Related Posts with Thumbnails